ok ok...actually nak story pengisian di hujug minggu dan baru ja selesai menakluki dunia Laksamana Sunan...
awan...kalau dapat kucapai maka saktilah hamba
hihiii...bagi penggemar novelis thriller no.1 Malaysia mesti dah tahu petikan ayat di atas...itu baru dari novel yang pertama dari rangkain 6 novel yang berepisod...tadi, baru jak menyudahkan novel siri yang keenam yg khabarnya sebagai novel selamat tinggal Ramlee Awang Murshid bagi Laksmana Sunan bukannya untuk novel beliau yang lain...oowhhh, janganlah dihilangkan lagi watak Saifuddin itu...watak itu cukup menggambarkan kesempurnaan lelaki Melayu yang begitu tinggi cintanya pada Ilahi dan begitu setia cintanya pada isterinya...adakah sesiapa seperti itu?
novel selamat tinggal Sunan Musafir...
ini lah novel episod ke-6 nukilan my pebret novelis Ramlee Awang Murshid...and sedikit membanggakan beliau adalah penulis kelahiran Sabah dan berbangsa Brunei (maaf ar andai tersilap)...ada beberapa tulisan beliau yang adakalanya menyelitkan perumbahan dan penggunaan bahasa Brunei itu sendiri dalam novel (sure, im proud) tapi kadang2 bila dah baca susah juga faham...
koleksi keseinambungan pengembaraan Laksamana Sunan...
why i said enam episod tapi dalam gambar cuma ada lima?huhuuuu...satu lagi missing and no action, novel siri yang ke-3 Hijab Sang Pencinta sudah gone...entah hilang ke mana...sangat sayang...huhuuu...memang membaca novel beliau sama seperti kita menuntut ilmu, banyak diselitkan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dan juga sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W yang seharusnya menjadi ikutan umat Islam...dari novel episod yang pertama sebenarnya banyak juga lah babak-babak yang menyeramkan dan menakutkan..hihii..bila baca waktu malam memang sedikit sebanyak meremangkan bulu roma...
koleksi novel Ramlee Awang Murshid
hihihi...ini cuma sebahagian koleksi, ada lagi beberapa novel entah sudah hilang tanpa jejak...sayang memang sayang seribu sayang...after this harus dijadikan khazanah berharga...so, kepada yang belum menyintai tulisan beliau bolehlah mencuba kalau berani..hihiii...nescaya tidak akan ketinggalan lagi setiap novel tulisan beliau...dan aku sangat lah mengesyorkan novel 6 episod yang di atas tu, bermula dengan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan yang terakhir Sunan Musafir...dan sekiranya terniat di hati beliau ingin menfilemkan novel-novel ini, diharap sangat pemilihan pelakon dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mengecewakan pembaca setia seperti aku...kadang-kadang kita sebagai pembaca pun ada imaginasi sendiri pembetukan watak-watak yang diwujudkan dalam novel, kan?anyhow, semoga beliau dapat menghasilkan lagi novel yang sangat berkesan di hati...



No comments:
Post a Comment